Monday, 6 May 2013

Buat Tu Salah. Buat Ni ? Lagilah Salah.

Assalamualaikum.

Aku boleh terima teguran. Tapi sometimes boleh tak biarkan aku buat apa yang aku suka ? Aku rasa rimas juga kalau buat je semua tak kena. Haiiihhh. Aku ni manusia biasa. Aku tak mampu nak puaskan hati semua orang.

Aku : Fira laparlah. Nak makan apa eh, **** ?
Dia : Tak payah nak ber'Fira sangat lah weh. Geli aku.

Cakap cara lembut pun salah. Hmmm.

Aku : Kalau dah tau bodoh, jangan lah buat kerja tu !
Dia : Kau cakap aku bodoh ? Macamlah kau tu pandai sangat ?!

Bila cakap kasar, tau pula nak melenting. Asyik nak ikut rentak orang je. Im sick with it. Pls. Aku tak faham apa yang dorang nak. Aku ni selalu pakai baju kurung. Saiz M tau padahal aku kena pakai size S. Jadi kain tu of course longgar. Aku taknak pakai S sebab dia melekat sangat kat badan. Tak selesa kot.

So aku terpaksa angkat kain sikit masa nak naik tangga. Alah paras buku lali je pun. Aku dah make sure dah jangan sampai nampak aurat. Tiba tiba pula heboh kat sekolah kata aku ni gedik sebab jalan angkat angkat kain. Saja nak mengorat jantan. Perlu ke aku buat macam tu ? Setakat jantan sama baya and still sekolah ni, aku nak hadap apa je ? Dorang pun minta duit parents dorang lagi. Takda motif langsung untuk aku ngorat dorang. Sorrylah kalau aku ada terkacau balak kau ke apa kan. Tapi daripada aku ngorat balak kau, baik aku amik bapak dia. At least dah ada kerja tetap hahahaha =.=

Aku mampu istighfar jelah masa tu. Aku takda niat pun. Sapalah tergamak buat fitnah ni. So bila aku dah tauu keadaan jadi macam ni, aku pun stoplah angkat angkat kain semua. Aku jalan je macam biasa. Biarlah kain tu kotor sikit dari orang salah faham kat aku. Timbul pula fitnah lainnnn. Cakap aku ni jalan saja nak mendabik and tayang tayang dada.

Padahal tudung aku ni dalam kategori budak menegah biasa, dah kira labuh okay. Kalau nak banding dengan budak sekolah agama, yeahh still singkat. But, heyyy it still cover my dada okay. Kalau betullah aku ni nak sangat tayang dada, baik aku pendekkan je tudung aku ni. Buat susah susah je nak jalan tonggek sikit sebab nak tayang kat orang. Tapi aku tak buat sebab niat aku bukan macam tu.

Aku taktau apa yang dorang dengki sangat dengan aku. Cara berpakaian salah, tingkah laku salah. Apa yang dorang nak sebenarnya ? Janganlah buat aku macam ni :'(

Aku patut jadi diri aku sendiri. Persetankan je apa manusia manusia tu semua nak cakap. Tapi aku ni manusia biasa. Aku boleh juga rasa stress bila pergi mana mana, tak buat apa apa tapi orang kaitkan dengan benda yang entah apa apa. Aku bukan artis. So kenapa bagi aku publisiti murahan macam ni. Aku tak nak pun mencapub weh. Faham mencapub tu apa ? Mencari publisiti ! Aku taknak. Kau faham tak weh.

Ada juga yang cakap aku ni scandle dengan jantan tu dengan jantan ni. Aku ni ada sandel je weh. Scandle scandle ni aku tak mainlah. Aku tak terfikir pun nak couple even dalam hati ni admire dekat someone. But sekarang ni aku nak fokus pada study. Tahun ni, aku PMR. So janganlah bagi aku stresssss! Kalau aku ada buat salah, maafkan aku. Apa apa problem pun, kita boleh bincangkan ? Bagitau aku, apa benda yang kau tak puas hati sangat dengan aku dari dulu sampai sekarang.

Aku dapat syak sapa yang buat fitnah ni semua. Cuma aku malas nak buka mulut sebab kalau aku layan and marah marah, lagi dorang suka sebab memang tu yang dorang harap dari aku. Aku mampu doa dekat Allah jelah. Takyah lah eh buat gosip yang mengaibkan orang lain. Kau pun ada aib juga. Jangan sampai orang lain pula yang buka aib kau. Baru kau tau macam mana rasa malu.

Aku ada parents and family. Kalau kau jatuhkan maruah aku, sama macam kau jatuhkan air muka family aku. Kalau betullah kau yang buat, jumpa aku dan bagitau kenapa buat macam tu. Soal maafkan atau tak, biar aku dengan Allah je yang tau okay. 

No comments:

Post a Comment